24 May
Pengolahan Isi Karangan

1) PENDAHULUAN

Perenggan pendahuluan memperkenalkan tajuk karangan kepada pembaca. Dalam perenggan pendahuluan boleh dibina tiga hingga lima ayat. Karangan bermula dengan ayat pengenalan dan hanyat satu ayat pengenalan sudah cukup memadai dalam perenggan pendahuluan. Ayat tersebut akan membawa pembaca untuk memahami tajuk dan isi karangan secara umum. Perenggan ini akan di akhiri oleh satu ayat fokus yang membawa secara tegas kepada tujuan sesebuah karangan itu ditulis dan persoalan yang ingin dibincangkan dalam bahagian perenggan isi. Dalam perenggan pendahuluan, penggunaan teknik IKTHH amat digalakkan supaya karangan yang akan ditulis tidak akan tersasar dan tidak mengandungi unsur lewah.

- Menggunakan teknik IKTHH




2) PERENGGAN ISI

Setiap perenggan isi dimulakan dengan satu ayat topik iaitu ayat yang menyatakan isi utama.  Antara teknik yang boleh diaplikasikan dalam menghasilkan sebuah karangan yang baik ialah dengan menggunakan teknik IMBaKUP. Contohnya: 




Contoh perenggan isi yang menggunakan teknik IMBaKUP: 

Seterusnya, masyarakat yang melakukan pembakaran secara terbuka tanpa kawalan juga menyebabkan keadaan jerebu menjadi-jadi. (I) Pembakaran terbuka ini dilakukan oleh pihak yang ingin menghapuskan sesuatu seperti sampah sarap.  Sesetengah rakyat negara pula melakukan pembakaran terbuka di belakang kawasan rumah mereka sendiri. Mereka telalu malas untuk membawa sampah sarap mereka ke tempat pembuangan sampah atau pusat pengitaran sampah semula. (M) Jadi, mereka telah mengambil jalan mudah dengan membakar sampah sarap mereka tanpa kisah jika asap daripada pembakaran terbuka itu yang sedikit demi sedikit membawa kepada masalah jerebu. Ada pula sesetengah petani yang membakar jerami padi untuk membersihkan kawasan sawahnya sebelum melakukan penanaman semula. (B) Mereka tidak sedar bahawa asap dari pembakaran ini tidak akan berada di suatu tempat sahaja tetapi akan ditiup angin dan meliputi kawasan yang amat luas. (K) Natijahnya, pembakaran terbuka ini melepaskan asap ke udara dan mengakibatkan jerebu. (P)


3) PENUTUP

Perenggan ini berfungsi untuk membuat rumusan secara keseluruhan segala idea yang telah dicurahkan dalam perengan sebelumnya. Para pelajar juga boleh membina perenggan penutup ini dengan menggunakan tiga hingga lima ayat. Selain itu, perenggan ini juga tidak boleh mengulang kembali apa yang telah ditulis dalam perenggan pendahuluan. Oleh itu, saya telah mengemukakan teknik yang mudah bagi menghasilkan sebuah perenggan yang menarik dan baik. Untuk menghasilkan satu perenggan penutup yang baik, kita boleh gunakan satu teknik iaitu KCH yang merupakan singkatan daripada perkataan kesimpulan,cadangan dan harapan.




Komen
* E-mel tidak akan diterbitkan di laman web.
I BUILT MY SITE FOR FREE USING