Setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih saya ucapkan kepada Dr. Nur Farahkhanna Binti Mohd Rusli selaku pensyarah kursus BMP3093 Aplikasi Komputer dalam Bahasa Melayu yang telah memberi tunjuk ajar dan bimbingan dalam menyempurnakan tugasan laman sesawang ini. Saya berharap agar laman sesawang yang dihasilkan ini dapat memberi ilmu pengetahuan yang berguna kepada pelajar. Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada rakan-rakan kerana sudi membantu dan memberikan pendapat bagi menyiapkan laman sesawang ini.